
Dalam kehidupan ini kita tidak boleh lari dari risiko.
Antara risiko yang akan kita hadapi adalah risiko kemalangan, kematian, sakit kritikal dan tua.
Antara risiko yang pasti adalah risiko kematian.Tapi kita tidak tau bila ia akan menjemput kita.
Hari ini kita mungkin seorang anak, seorang ayah, seorang ibu atau seorang cucu.
Walaubagaimanapun jika Allah subhanaAllah Taala ingin menjemput kita tak kira bagai mana sayangnya orang pada kita, nyawa kita tetap akan dicabut.
Ketika itu ia tidak akan mengira adakah kita ini bersedia atau tidak.Jika kita seorang bapa, bersedia kah kita meninggalkan anak dalam keadaan meminta-minta.
Ya, mungkin kita ada rancangan bersamu TV3, tapi adakah kita tak malu dengan org ramai bila perkara itu berlaku.Sedangkan sebelum ini orang tau bahawa semasa hidup kita kita adalah seorang kelihatan gah dan mewah.Boleh kesana kemari bersama keluarga.cukup makan pakai orang kata.
Namun apabila kita pergi anak2 kita kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Tidak mahukah kita menyediakn aset serta segera bagi mereka. Yang mana bila kita menyimpan RM 100 contohnya kita ada RM 50 000 untuk waris2 kita.
Sekurang-kurangnya ia boleh menjadi amal jariah untuk kita di dalam kubur.
Tapi saya ada pengalaman ada yang mengatakan perkara ini tak penting, buat apa kayakan Isteri katanya.....tapi dia tak sedar bahawa isterinya membawa namanya jika dia ditakdirkan pergi. Orang akan cakap itu bini arwah si polan bin si polan.
Anak sape yang minta sedekah tu, orang akan cakap alah....anak arwah si polan tu....
Jangan menyesal jika anak yang kita tinggalkan akan meludah gambar kita yang tergantung di dinding, orang tua tak diharap katanya.......
Benda ini pernah berlaku.....itu kalau kita dah mati, tapi bagaimana pula kalau ketika itu kita terbaing lumpuh dilantai tanpa dapat menggerakkan badan.
Tapi takpe bagi yang ada kesedaran bolehlah ambil tindakan segera.Bagi yang sedar tapi tak nak bertindak terserah anda, moga Allah membuka pintu hati anda untuk berubah.
Sekian, wassalam coretan usahatakafulikhlas.....